Pembiayaan Berpenjamin

ATURAN SKIM PEMBIAYAAN BAI’ AL-INAH(PBA)

(PEMBIAYAAN BERPENJAMIN)

TAJUK

  1. Aturan ini hendaklah dinamankan ATURAN SKIM PEMBIAYAAN BAI’ AL-INAH Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad.
  2. Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini pada 8 Jun 2013 dan dikemukakan kepada Suruhajaya Koperasi Malaysia.

TAFSIRAN

  1. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain;
    • ‘Koperasi’ ertinya Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad;
    • ‘Lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi yang dilantik menurut Undang-undang Kecil 35 Koperasi;
    • ‘barang’ ertinya aset yang dipersetujui untuk dijual beli atau diusahakan;
    • ‘penghutang’ ertinya seseorang anggota yang membeli barang secara bayaran tangguh dengan pembiayaan skim ini;
    • ‘Bai’ Al-Inah’ ertinya satu jenis jual beli yang diharuskan oleh syariah di mana Koperasi bersetuju untuk menjual satu aset milik koperasi kepada anggota secara kredit berasaskan kaedah PBA dan kemudian sejurus akad jual beli PBA ini, Koperasi akan membeli semula aset yang sama dengan membayar secara tunai;
    • ‘Al-Bai’ Bithaman Ajil (BBA) ertinya satu jenis jual beli yang dihalalkan oleh syariah di mana Koperasi bersetuju untuk membeli aset yang dicadangkan oleh anggota dengan dibayar balik secara ansuran. Persetujuan diperlukan dari kedua belah pihak (Koperasi dan anggota) tentang harga jualan dan tempoh masa bayaran balik secara ansuran. Harga jualan tidak boleh dipinda sesudah dipersetujui bersama;
    • ‘ibra’ ertinya rebet terhadap kadar keuntungan yang dibenarkan terhadap pembiayaan pembelian kepada penghutang ke atas pembayaran balik lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan;
    • ‘penjamin’ ertinya anggota yang menjamin pembiayaan dan bertanggungan atas jumlah pembiayaan sekiranya anggota yang membuat pembiayaan gagal menjelaskan pembiayaan.

TUJUAN

  1. “Bai’ Al-Inah” diharuskan oleh hukum syarak bagi tujuan memebuhi keperluan tunai seseorang. Bai’ Al-Inah merupakan satu kaedah;
    • Menjual sesuatu aset dengan harga tangguh dan kemudian membelinya semula daripada pembeli secara tunai ataupun;
    • Membeli sesuatu aset dengan harga tunai dan kemudian menjualnya semula pada harga tangguh.
  2. Di bawah Skim ini Koperasi akan menyediakan pembiayaan bagi anggota-anggota yang memerlukan wang tunai untuk pelbagai kegunaan yang tidak boleh dipenuhi melalui Skim Pembiayaan Al-Bai’ Bithaman Ajil. Antara keperluan tunai anggota adalah untuk;
    • Perbelanjaan dalam urusan majlis kenduri, keramaian serta perkahwinan;
    • Perbelanjaan persediaan persekolahan/pendidikan anggota dan anak anggota;
    • Membiayai sebahagian daripada kos pembelian kenderaan atau hartanah yang mempunyai surat milik yang sah;
    • Pengubahsuaian atau sebarang tujuan mengubah bentuk asal bagi tujuan mencantikkan atau memudahkan bagi kenderaan atau hartanah yang mempunyai hak milik yang sah;
    • Membayar pelbagai cukai dan insurans;
    • Melunaskan hutang-piutang yang sedia ada;
    • Membayar kos perubatan anggota, anak-anak anggota dan ibu bapa / mertua;
    • Pelancongan atau perbelanjaan untuk menunaikan ibadah; dan
    • Lain-lain keperluan yang dipersetujui oleh Lembaga Pengurus.
Mukasurat Seterusnya