Pembiayaan Berpenjamin

ATURAN SKIM PEMBIAYAAN BAI’ AL-INAH(PBA)

(PEMBIAYAAN BERPENJAMIN)

SUMBER KEWANGAN

  1. Suatu peruntukan daripada modal Koperasi bolehlah dikhaskan bagi membiayai aktiviti ini yang mana hendaklah dikembangkan dari semasa ke semasa.
  2. Lembaga boleh, apabila kekurangan modal, mendapatkannya;
    • Dengan cara mengumpul syer, yuran, deposit, pinjaman atau simpanan khas daripada anggota; dan
    • Melalui deposit atau pinjaman daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi menurut perenggan 50(1)(subseksyen 52(2) dan seksyen 52A Akta dan Peraturan).

PENTADBIRAN DAN PEMANTAUAN

  1. Aktiviti ini ditadbir oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil 45(2)(w).
  2. Jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk memantau operasi aktiviti ini dari semasa ke semasa.

PERLAKSANAAN

  1. ‘Bai’ Al-Inah melibatkan dua akad jual beli yang berasingan, skim ini dilaksanaka dengan kaedah Al Bai’ (jual beli tunai) dan juga Al Bai’ Bithaman Ajil(BBA)(jualan harga tertangguh(kredit)) dan Koperasi akan menggunakan model Bai’ Al-Inah di mana barang disediakan oleh pihak Koperasi. Dalam model ini akad yang berlaku adalah;
    • Akad pertama: Koperasi akan menjual suatu barang milik Koperasi secara jualan bertangguh atau disebut Al Bai Bithaman Ajil kepada anggota dengan ditambah keuntungan ke atas harga kos di atas persetujuan kedua belah pihak. Dari hukum syarak barang ini kini berpindahmilik depada anggota dan anggota pula berhutang dengan koperasi.
    • Akad kedua: Setelah selesai akad jual beli pertama anggota akan menjual aset yang sama itu kepada Koperasi secara jualan tunai (Bai’ Al-Inah). Barang ini berpindah milik semula kepada Koperasi dan koperasi akan membayar tunai kepada anggota.
  2. Koperasi adalah pemilik sah kepada barang atau beberapa barang yang bernilai. Atas barang ini, Koperasi akan mewujudkan sijil-sijil pemilikan dalam perbagai denominasi seperti nilai RM1,000.00, RM2,000.00, RM5,000.00, RM10,000.00 dan seterusnya. Denominasi ini adalah mengikut nilai pembiayaan. Sijil-sijil pemilikan ini akan digunakan dalam akad jual beli Bai’ Al-Inah.
  3. Kadar maksimum pembiayaan untuk seseorang anggota di bawah skim ini ialah sebanyak RM250,000.00 sebelum dicampur kadar keuntungan untuk Koperasi.
  4. Tempoh pembayaran balik tidak melebihi 120 bulan (10 tahun) bagi pembiayaan skim ini.
  5. Pembiayaan bertindih boleh dibenarkan tertakluk kepada persetujuan Lembaga.
  6. Kadar pengambilan keuntungan adalah antara tiga perpuluhan lima peratus (3.5%) hingga dua puluh peratus (20%) daripada harga belian mengikut ketetapan Lembaga.
  7. Aset yang dibeli dijual balik kepada koperasi.
Mukasurat Seterus | Sebelum