Pembiayaan Mesra Pendidikan

ATURAN SKIM PEMBIAYAAN BAI’ AL-INAH(PBA)

(PEMBIAYAAN MESRA PENDIDIKAN)

TAJUK

  1. Aturan ini hendaklah dinamakan ATURAN SKIM PEMBIAYAAN BAI’ AL-INAH (PEMBIAYAAN MESRA PENDIDIKAN) Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad.
  2. Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi, dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi pada 19 Ogos 2016.

TAFSIRAN

  1. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna lain;
  • ‘Koperasi’ ertinya Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad;
  • ‘Lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi yang dilantik menurut Undang-undang Kecil 34 Koperasi;
  • ‘Penghutang’ ertinya seseorang anggota yang memohon skim ini secara bayaran tangguh.
  • ‘Ibra’ ertinya rebet terhadap kadar keuntungan yang dibenarkan terhadap skim ini kepada penghutang ke atas pembayaran balik lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.

TUJUAN

  1. Skim ini bertujuan untuk memberi pembiayaan kewangan kepada anggota yang layak iaitu anggota AKTIF dan anggota BARU yang memerlukan kewangan bagi sesi awal tahun pembukaan persekolahan.

SUMBER KEWANGAN

  1. Suatu peruntukan daripada modal koperasi bolehlah dikhaskan bagi membiayai aktiviti ini yang mana hendaklah dikembangkan dari semasa ke semasa.
  2. Lembaga boleh, apabila kekurangan modal, mendapatkannya;
  • Dengan cara mengumpul saham, yuran, deposit, pembiayaan atau simpanan khas daripada anggota; dan
  • Melalui deposit atau pembiayaan daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia menurut perenggan 50(e), subseksyen 52(2) dan subsekyen 52A Akta dan Peraturan.

PENTADBIRAN

  1. Kumpulan Wang ini ditadbir oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil 45 (2)(w).
  2. Jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk memantau operasi aktiviti ini dari semasa ke semasa.
  3. Jawatankuasa ini perlu meningkatkan daya tarikan skim ini tanpa menjejaskan perolehan dan pendapatan Koperasi.